Akhirnya! Pendedahan Yang Mengejutkan Oleh Tengku Razaleigh Hamzah Tentang Punca Kerosakan UMNO. Sangat Menyedihkan Rupa-rupanya Ini Puncanya!

iklan 336x280 atas
336x280 tengah
300x600

alon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah berjanji untuk menghapuskan politik wang daripada parti itu.

Beliau menjelaskan kerosakan yang dibawa amalan politik wang terhadap Umno dalam wawancara bersama stesen radio BFM hari ini.



Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata ada antara ketua Umno bahagian yang menyalahgunakan hubungan mereka dengan kakitangan kerajaan negeri atau persekutuan, seterusnya mengekalkan kedudukan mereka malahan enggan memberikan peluang kepada pemimpin muda parti itu.

“Ia telah merosakkan parti dengan teruk sekali kerana kami tidak mempunyai barisan pengganti.

Ku Li: Umno rosak teruk akibat politik wang

“Sebelum ini, saya masih ingat lagi bagaimana saya dan teman-teman (diberi peluang memimpin) semasa zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak Hussein,” katanya kepada BFM.

Orang tengah jaja kontrak

Beliau berkata ‘orang tengah’ ini tidak ada kepakaran selain ‘menjaja’ sehelai kertas kepada sesiapa yang mahu membeli kontrak yang didapatkannya, suatu hal yang menurut ketua Umno bahagian Gua Musang itu sebagai tidak berguna kepada parti dan individu berkenaan juga.

“Ia tidak membantu orang ini dalam jangka masa panjang kerana dia tidak mendapat tambahan pengetahuan atau kepakaran selain menjaja kertas atau kontrak hanya untuk imbuhan yang sedikit yang tidak akan bertahan lama, kerana dia akan berbelanja untuk mendapatkan dukungan penyokongnya,” katanya.



Semasa berkempen bagi pemilihan Umno kali ini, Ku Li berkata beliau mendapat tahu terdapat perwakilan yang menolak tawaran wang sementara ada pula yang menerima wang tanpa sebarang janji sokongan.

“Jadi terdapat kesedaran umumu bahawa politik wang tidak bagus untuk mereka dalam jangka masa panjang dan saya fikir ia pelajaran yang baik ketika tempoh berkempen ini.

Golongan muda ambil alih kepimpinan

“Kita berupaya menyebarkan idea bahawa kami menolak politk wang dan wang yang digunakan untuk kempen ini. Paling kurang saya tak berbelanja walau sesen pun,” katanya.

Menjawab soalan caranya mereformasikan Umno, Tengku Razaleigh berkata beliau akan mengecilkan pentadbiran parti kepada saiz ‘yang lebih wajar’ walaupun pada peringkat ibu pejabat Umno.



Beliau juga berikrar akan tegas dengan anggota parti berhubung isu politik wang.

“Dan pada masa yang sama, kita berfikir bahawa kita perlu membimbing golongan muda untuk mengambil alih kepimpinan.
“Saya menawarkan berkhidmat untuk satu penggal. Itu sahaja. Dan saya tidak fikir saya boleh melampaui tempoh itu. Oleh yang demikian, saya ingin melihat anak muda untuk masuk dengan cepat ke peringkat kepimpinan supaya dapat menggantikan saya dan kumpulan saya,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Sukar pulihkan UMNO jika ‘orang Najib’ kekal dalam parti – calon Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR: Sukar untuk UMNO pulih sepenuhnya sekiranya mereka yang ‘bersekongkol’ dengan bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak ingin terus kekal dalam parti, kata calon Ketua Pemuda Syed Rosli Jamalullail Syed Harman hari ini.


Katanya, individu yang dikaitkan dengan pelbagai isu sepatutnya melakukan tindakan bertanggungjawab dengan tidak menawarkan diri bertanding lagi, contohnya seperti Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ini katanya, demi memberi peluang kepada muka baharu yang bersih untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.

Menurutnya, untuk menjadi parti pembangkang yang dihormati dan dipercayai rakyat, UMNO memerlukan barisan kepimpinan yang berintergriti dan mempunyai kredibiliti.



“Jika tidak Umno akan kekal sebagai pembangkang buat jangka masa yang lama,” kata Syed Rosli dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengambil contoh persaingan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang menyaksikan tiga calon yang memegang jawatan dalam kerajaan dan struktur kepimpinan parti sebelum ini.

Mereka ialah Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun yang juga dilantik menjadi Senator dalam Dewan Negara, serta Ketua Pemuda UMNO Pahang Shahar Abdullah.

“Mereka ini adalah antara yang mendiamkan diri ketika skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang melibatkan Najib.

“Dengan itu sudah pasti mereka juga adalah liabiliti kepada UMNO,” kata Syed Rosli.
336x280

Post a Comment

0 Comments