“Siap berlagu macam imam..” – Baca surah Al-Fatihah, ramai puji kesungguhan Lara Alana

iklan 336x280 atas
336x280 tengah
300x600
Lara Alana bukan satu nama yang asing lagi dalam industri hiburan tanah air apatah lagi ibu bapanya, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya merupakan pasangan selebriti popular.

Setiap posting di laman Instagram miliknya yang mempunyai lebih 3.2 juta pengikut sentiasa dinantikan oleh orang ramai untuk melihat karenah dan keletah kanak cilik berusia empat tahun itu.

Terbaru, gelagat Lara sekali lagi mencuri perhatian netizen ketika membaca surah Al-Fatihah dan petikan surah Al-Baqarah bersama bapanya.


Sebuah kiriman dibagikan oleh Si Penglipur Lara (@laraalanaa) pada

 Rakaman video berdurasi hampir satu minit itu telah dihujani pelbagai reaksi positif netizen yang rata-rata memuji kesungguhan Lara untuk membaca walaupun masih pelat dan tidak lancar.

Namun tidak kurang ada juga yang terhibur apabila mendengar gelak ketawanya di hujung video tersebut yang kedengaran tidak ubah seperti ibunya.
Bijak, pandai & comel!


336x280

Post a Comment

0 Comments